Kurma Barni - Lembut
Jenis makanan yang diambil ibu hamil tidak hanya berpengaruh pada kesihatan janin tetapi juga ia akan memberi kesan pada akhlaknya dan tingkat kecerdasannya. Ini kerana seluruh organ tubuh janin, termasuk saraf dan otaknya, terbentuk dari makanan yang diambil oleh si ibu. Hubungan keadaan akhlak seseorang dengan keadaan bentuk sarafnya adalah sesuatu yang amat jelas bagi para pengkaji.
Oleh kerana itu, Islam menganjurkan kepada para wanita yang hamil supaya mengambil dan memakan beberapa jenis makanan dan buah-buahan yang baik, di antaranya;
1. Rasulullah saww bersabda, "Berilah makan kurma kepada wanita yang sedang hamil pada bulan-bulan terakhir kehamilannya supaya anaknya menjadi anak yang penyabar dan suci."
2. Imam Ja'afar Shadiq as berkata, "Berilah makan barni (sejenis kurma) kepada wanita yang telah melahirkan anak (iaitu pada masa nifas) supaya anaknya menjadi anak yang berakal dan murah hati."
3. Amirul Mukminin Ali as berkata, "Barni adalah sebaik-baiknya kurma. Berilah ia kepada para wanita yang sedang dalam masa nifas, supaya anaknya akan menjadi anak yang penyabar dan bijak."
4. Rasulullah saww bersabda, "Berilah makan luban (sejenis kemenyan khas Arab - peny.) kepada wanita yang sedang hamil, kerana janin yang memakan luban dalam perut ibunya akan menjadikan akalnya kuat. Jika ia lelaki ia akan menjadi seorang pemberani, dan jika ia seorang perempuan ia akan menjadi seorang perempuan yang besar pinggulnya dan akan dicintai suaminya."
5. Imam Ali ar-Ridha as berkata, "Berilah makan luban kepada wanita yang sedang hamil, kerana jika anak itu lelaki ia akan menjadi lelaki yang cerdas, pintar dan pemberani. Jika anak itu perempuan maka ia akan menjadi perempuan yang berakhlak baik, cantik, berpinggul besar dan dicintai suaminya."
... sumber: Agar Tak Salah Mendidik; Ibrahim Amini...
No comments:
Post a Comment