Pages

Monday, March 8, 2010

Niat Melakukan Dosa

Saat Kematian

Sheikh Baha’i menyatakan dalam kitabnya Kasykul, bahawa ada seseorang yang telah menghabiskan seluruh hidupnya dalam kesenangan dan kemewahan dunia ini. Sa’at menjelang kematiannya, orang-orang mengerumuninya dan memintanya untuk mengucap dua kalimah tauhid. Orang yang sedang sakarat itu malah berkata, “Di mana perempuan yang datang kepadaku dalam keadaan sangat lelah dan bertanya kepadaku jalan menuju tempat mandi awam.”

Ia berkata begitu kerana pada suatu hari ada seorang wanita yang soleh dan cantik keluar dari rumahnya untuk mandi di rumah permandian terkenal yang bernama Manjab. Wanita itu telah terlupa jalan ke arah sana dan keletihan dalam mencarinya. Ia melihat seorang lelaki sedang berdiri di hadapan pintu dan bertanya kepadanya jalan ke arah Manjab tersebut. Si lelaki menunjuk ke arah rumahnya dan mengatakan bahawa itu adalah rumah permandian yang bernama Manjab.

Tanpa menaruh sebarang syak wasangka, wanita itu terus masuk ke dalam rumah yang ditunjuk oleh lelaki itu. Si lelaki terus mengunci pintunya dan berniat untuk memperkosa wanita tersebut. Wanita solehah itu merasakan bahawa tidak ada jalan untuk melarikan diri dari cengkamannya yang bernafsu itu, maka ia pun berpura-pura tertarik kepada si lelaki itu. Ia berkata bahawa dirinya dalam keadaan tidak suci dan bermaksud hendak mandi. Ia meminta lelaki itu untuk pergi dan mengambilkan semacam wewangian untuknya agar ia bisa memakai wewangian dan berhias untuknya dan juga mengambil makanan kerana ianya lapar.

Lelaki itu terpedaya oleh ucapannya, dan pergi ke pasar membeli apa yang diminta. Selepas lelaki itu melangkah keluar, si wanita itu bersyukur kepada Allah SWT kerana telah menjaga kesuciannya. Ia pun terus melarikan diri. Ketika lelaki itu kembali, ia sedar akan kesalahannya dan menyesal. Sekarang, ketika akhir hayatnya mendekat, ia ingat akan perbuatannya yang tidak senonoh ini dan bukannya membaca kalimah tauhid tetapi malah mengucapkan perkataan tadi.

Renungan; bahawa ketika seseorang itu menghapiri saat kematian, dosa itu (walaupun ia belum melakukannya, tetapi telah meniatkannya) dapat menghalangnya dari melafaz kalimah tauhid.

Sheikh Kulaini mengutip dari Imam Ja’afar As-Shadiq as yang mengatakan bahawa, “Orang yang tidak membayar zakat sekalipun satu qirat yang diwajibkan keatasnya (qirat bersamaan dengan 21 dinar), ia akan mati seperti matinya orang Yahudi atau Kristian.”

No comments:

Ayataul Qursi
Glorified and Exalted is He.
Al Baqarah II: verse 255

Ayataul Qursi <br>Glorified and Exalted is He. <br>Al Baqarah II: verse 255
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Infallible Wisdom

The Messenger of God (peace be upon him and his progeny) said:

"Allah rejoices at the repentance of His servant more than the barren rejoices for having a child, and more than the lost one who finds his way, and more than the thirsty one who finds water."

(Kunzul Ummal)

widgeo