Pages

Tuesday, January 25, 2011

4 Kisah - Satu Tema

Kisah 1


Ketika seorang wanita muslimah telah disakiti oleh seorang tentera kafir Rom meraung dan menjerit...

"Wahai Mu'tasim!! Tolong saya!!!!"

Seorang lelaki Muslim yang mendengar jeritan muslimah itu terus berangkat dan bermusafir perlahan-lahan ke Baghdad langsung ke istana al-Mu'tasim Billah, khalifah Abbasiyyah yang memerintah ketika itu.

Diceritakan apa yang berlaku kepada al-Mu'tasim yang sedang bersemayam di atas takhta, lalu al-Mu'tasim terus bangkit dan berkata:

"Ya ibuku!! Akulah Mu'tasim yang engkau seru!"

Lalu al-Mu'tasim menggerakkan tentera ke Rom. Sebelum daripada itu sekeping surat telah dikirimkan yang berbunyi:

Daripada Mu'tasim si hamba Allah kepada anjing Rom. Apabila surat ini sampai kepadamu, maka engkau bebaskan wanita berkenaan, jika engkau tidak membebaskannya, aku akan menghantar bala tentera yang kepala tentera sampai ke negerimu, ekornya berada di negeri ini.

Inilah kuasa tangisan seorang wanita sewaktu zaman pemerintahan al-Mu'tasim walaupun diakui oleh sejarawan bahawa ketika itu kerajaan Bani Abbasiyyah berada pada titik kelemahannya.



Kisah 2


Zainab al-Kubra masih lagi meratap hiba mengenangkan kematian al-Hussain bin Ali.

Rombongan al-Hussain bin Ali dan para ahli keluarga Rasulullah SAW bersama beberapa orang sahabat telah dipintas di Karbala ketika mana mereka dalam perjalanan ke Kufah bagi memenuhi jemputan penduduk sana.

Di sinilah 70 orang ahli keluarga Nabi Muhammad SAW telah dibunuh dengan kejam dalam satu pertempuran yang amat dahsyat.

Tragedi Karbala yang sering dijadikan kisah taksub oleh kelompok Syiah dan pandangan sinis oleh golongan ekstremis Sunnah. Realitinya kisah Karbala itu terjadi sebagai petunjuk kepada seluruh umat manusia bahawa kezaliman mesti dihapuskan meskipun kita terkorban kerananya.

Tidak hairanlah jika ada pepatah Melayu menyebut, setiap orang adalah Hussain dan setiap hari adalah Karbala.

Kematian al-Hussain bin Ali ketika semua ahli keluarga Nabi SAW dihalang daripada mendapatkan sumber air amat dikesali dan diratapi oleh ahli keluarganya yang masih tersisa. Tinggallah Zainab al-Kubra menangisi kematian abangnya lalu berkempen ke seluruh wilayah Islam sangat memberi ancaman kepada pemerintah ketika itu.

Begitulah hebat kuasa tangisan. Sejauh mana kita menyahut tangisan yang bersipongang di serata alam? Fikirkanlah



muhammad-fazdhly.blogspot.com


No comments:

Ayataul Qursi
Glorified and Exalted is He.
Al Baqarah II: verse 255

Ayataul Qursi <br>Glorified and Exalted is He. <br>Al Baqarah II: verse 255
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Infallible Wisdom

The Messenger of God (peace be upon him and his progeny) said:

"Allah rejoices at the repentance of His servant more than the barren rejoices for having a child, and more than the lost one who finds his way, and more than the thirsty one who finds water."

(Kunzul Ummal)

widgeo